Cuteki cute

Followers

Sunday 20 March 2011

kalauu lakyy..

kalau lelaki handsome pendiam
perempuan akan cakap: woow, cool giler..
kalau lelaki tak handsome pendiam
perempuan akan cakap: eh perasan bagus..

kalau lelaki handsome berbuat jahat
perempuan akan kata: nobody's perfect..
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.. muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
perempuan akan kata: entah-entah tu kawan dia..

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat..
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: (terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)..

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus.. penuh kasih sayang..
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi.. 

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching.. hebat luar dan dalam..
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana..?

kalau lelaki handsome tak mahu bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar..
kalau lelaki tak handsome tak mahu bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya..?

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri orang gaji, memang begitu..

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on..
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

well-well, inilah realiti kebanyakan orang atau secara khususnya wanita di luar sana..
ana di sini bukannya suka-suki nak mengutuk atau memperli mana-mana pihak..
bukan juga ana nak melebih-lebihkan sesiapa..
tapi sedarlah kamu dari tidur..
buka mata dan buka HATI..
sememangnya inilah fitrah manusia..
kita mahukan yang cantik-cantik saja walaupun kita tahu kita tak secantik mana..
sebenarnya, diri yakni akal dan hati sanubari kita yang memainkan peranan sama ada nak tentukan seseorang tu macam mana..
sesungguhnya, orang yang cantik di sisi Allah ialah..
orang yang cantik HATInya..

No comments:

Post a Comment